Ramai yang telah lupa dan menganggap dunia adalah segala-galanya... Mereka lalai dan terus alfa dalam mencari makna kehidupan yang hakiki...
Kita tahu apa itu akhirat, tapi tak pernah nak ambik pusing..
Kita tahu apa itu dosa pahala, tapi tak pernah nak ambik iktibar..
Kita tahu kemana kita akhirnya, tapi tetap merasa kita kekal didunia..
Saya suka memberikan contoh dalam setiap perkara agar ia mudah difahami... :)
Pada saya, kita ibarat dihantar untuk outstation kesuatu tempat untuk
"berkerja", tempat
"penginapan" disediakan,
"overtime" digalakkan, dan
"KPI" diambil kira,
"penjenayah" akan
"ditangkap" kemudian
"dihukum", skop pekerjaan serta
"akta2" telah disenaraikan oleh
"penyelia", Allah Yang Maha Melihat ialah
"cctv" nya dan akhirnya dipanggil kembali ke
"tempat asalnya" setelah selesai outstation.. bagi yg berjaya melaksanakan misinya akan mendapat
"bonus" manakala yg gagal akan
"dipandang hina"......
maksud yg bertanda (" ") adalah seperti berikut :
* berkerja = beramal soleh
* penginapan = bumi
* overtime = amalan sunat
* KPI = timbangan amal
* akta = Al-Quran & sunnah
* penyelia = para Nabi
* penjenayah = org yg melakukan dosa
* ditangkap = dicatat amal buruk oleh malaikat
* dihukum = neraka
* cctv = Allah Yang Maha Melihat sebagai hakim
* bonus = balasan syurga
* dipandang hina = dimurkai
* tempat asal = syurga
( tanda (" ") INI ADALAH SEKADAR CONTOH)
mungkin itulah contoh yang mudah untuk difahami secara ringkasnya...
Huraiannya :
Semua manusia yang dijadikan Tuhan adalah tidak lain untuk mengenali siapa penciptanya, tunduk dan patuh pada Tuhan yang satu, tiada selainnya dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah.. yang mana kita wajib percaya.. Dibumi
(penginapan) inilah tempat yang telah Allah sediakan untuk hambaNya, beramal soleh itulah
(pekerjaannya), melakukan amalan sunat
(overtime) untuk
backup mana2 amalan yang kurang sempurna.. timbangan amal hasil dari apa yang kita lakukan adalah
(KPInya)... Al-Quran dan sunnah
(aktanya) agar tidak melanggar syariat yg boleh menyebabkan dosa dan Rasulullah
(penyelianya) yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyunya
.. Semua amal buruk
(jenayah) akan
(ditangkap) yg mana akan dicatat ,kemudian
(dihukum) iaitu dihumban ke neraka,
manakala
(cctv) iaitu segala yg dilihat oleh Allah atas sifatNya Yang Maha Mengetahui
dengan merakamkan segala perbuatan hambaNya tanpa mereka sedari.. dan ganjaran
(bonus) iaitu balasan syurga dan kesudahannya yg baik adalah bagi org yang bertakwa, dan mereka yg gagal akan
(dipandang hina) iaitu org yang dimurkai Allah.. dan sesudah itu manusia dibangkitkan dan dikembalikan ke
(tempat asalnya) iaitu syurga dimana Nabi Adam dicipta, itulah akhirnya riwayat hidup seorang manusia bergelar hamba... waallahulam
► saya hanyalah seorang insan yang jujur saya katakan, tidak punyai ilmu yang tinggi dalam bab begini, dan tidak pula mengambil course psikologi mahupun kaunseling.. ini adalah sekadar satu cara untuk menerangkan dengan ringkas betapa kita perlu menghargai kehidupan kita yang sangat singkat ini.. Sayang sekali jika kita mengabaikannya... ini adalah sekadar pendapat/idea yang keluar dari benak fikiran saya... andai ada salah dan silap harap dimaafi dan perbetulkan saya jika saya tersiap... yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah.. :)