The bears are falling down....

Monday, August 25, 2014

Aduhaii....

Wahai Tuhan... alangkah indahnya ciptaanMu,
Berwarna-warni penuh ceria, mengagumkan..
Tiada yang sia-sia, malah penuh makna,
Terkadang, ada ketika awan mendung berarak dikalbu,
Hujan tangis hanya dapat dilihat disebalik riak wajah ceria,
Kukumpulkan semangat setinggi yang mungkin,
Agar dapat kuberlari dan berlindung dibawah pohon iman,
Menanti-nanti waktu cerah semula, kadangkala hampa..
Kadang tersentak, bertanya aku pada diri...
Mengapa kelabu yang kuungkit... bukankan sinar pernah menyiramiku??
Aduhh,celakanya aku.. bagaimana boleh aku melupakan nikmatMu..

Kini aku tersepit dengan hajat dan keinginan,
Terlalu mengejar puncak agung, hingga ketepikan keperluan diri,
Namun itu sebahagian dari apa yang kuhajati,
Mungkin 'hajat'ku lebih kuat kugenggam dari yang lain,
Hingga sering saja rasa bersalah kerana tidak adil pada diri sendiri,
Aduhaii.. apakah betul apa yang aku lakukan ini?
Berapa lama saja lagi yang boleh kugagahi untuk tersenyum?
Mungkin manis diluar, tapi kelat kutelan...

Ya Allah.. bibirku, hatiku pasti akan sentiasa menyebut namaMu,
Sebagai yang utama.. tempat untuk aku mengadu..
Dalam setiap suka dukaku... hanya kau yang tahu..
Bagaimanapun, sungguh kurasa bertuah..
Kerana dapat kurasa sebuah 'kehadiran'..
Yang membimbing diri, yang menegur hati..
Yang menjaga dan mangatur tiap langkahku...
Membawa kearah warna yang lebih putih...
"Kini aku bukan lagi yang dulu..."
Selangkah aku menapak dari lumpur,
akan kuterus mencari air bersih mencuci kotoran dikaki...
sehingga suatu hari..  aku berhenti berlari, berhenti mencari...
hingga kuberhenti berharap & berhentinya detap jantung & nafasku..
sebelum itu, izinkan bibirku mengucap kalimah agungMu,
berzikir tanpa henti, dan menggenggam erat kitab suciMu..
Namun... persoalannya.. adakah bertuahnya aku?
Terpilihkah aku.... untuk mendapatkan semua itu...

Wednesday, August 20, 2014

Indahnya HidayahMu...

Hidayah bukanlah sesuatu yang perlu kita tunggu hingga ia datang dengan sendirinya... sebaliknya ia perlu dipohon kehadrat Ilahi agar dibukakan pintu hati untuk menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati.. Mahukan kita dikatakan sesbagai Islam hanya di kad pengenalan? Pasti tidak, bukan? Tiada siapa yang ingin digelar begitu.. Namun, ada segelintir yang mana mereka dilahirkan dengan berlatar belakangkan kemewahan dunia/hiburan/dll tanpa diisi dengan ilmu agama.. Hidup dalam arus kemodenan tetapi tidak seiiring dengan kemodenan yang dituntut didalam Al-Quran.. Mereka terkapai2 dalam arus dunia hingga mereka mungkin terlupa bahawa ada lagi alam kekal yang perlu ditempuh.. Ada diantara kalangan manusia suka melihat mereka hanyut malah menggalakkannya lagi.. Dan ada juga yang bersimpati dan cuba untuk membawa mereka ke pangkal jalan.. Namun, itu bukanlah titik akhir bagi mereka.. Apabila datang hidayah Allah itu, pasti tak siapa bakal menduga siapakah insan yang bertuah itu.. Malah kadangkala insan yang terpilih itu tidak terjangkau oleh fikiran manusia.. Mengapa akal kita tak tercapai untuk meramal siapa mereka? Kerana itu adalah rahsia Allah & hak mutlakNya untuk memberi hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.. Lihatlah saja contoh seperti gambar dibawah.. Mereka lahir tanpa ilmu agama.. Hidup dalam kesesatan tanpa pegangan.. Dan lihatlah....  betapa mulianya mereka kini...  Kita??  Ya Allah, sentiasalah limpahkan kasih rahmatMu pada hamba2Mu ini.. Sedarkanlah kami, ampuni kami, terimalah taubat kami.. Sesungguhnya sungguh jauh syurgaMu untuk kugapai, dan bergitu hampir nerakaMu dengan diri ini.. Ya Allah, bimbinglah kami sementara kami masih bernyawa..


          

 

Saturday, August 2, 2014

Berkawan biar 1000, bercinta biar satu...

Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih boleh bernafas hingga ke hari ini.. Dengan limpah rahmat kasih sayangNya, Dia masih membuka peluang dan ruang bagi hambaNya untuk bertaubat.. Mungkin hambaNya saja yang masih lalai dalam memenuhi tuntutan agama.. Bercerita tentang 'kawan', kadang kala terdapat segelintir manusia yang masih membezakan jurang persahabatan mengikut pandangan 'mata kasar'.. Contohnya, ada antara dari kalangan sahabat kita merupakan sesorang ilmuan, orang biasa, orang berjawatan besar, dan sebagainya.. Ada yang kaya, hanya berkawan dengan kaya.. Ada yang ilmuan, terus mengejar ilmu tanpa memikirkan orang lain, dan sebagainya.. Seharusnya, janganlah kita menolak sebuah persahabatan seorang yang kurang ilmu agamanya dari kita.. Tidak salah seorang ustaz punya sahabat seoarang 'hip hop' (contohnya) .. Tak usahlah dipandang serong. Seharusnya kita galakkan dan biarkan persahabatan itu berterusan agar yang berilmu dapat berkongsi & memperbaiki insan yang kurang ilmu.. Mereka memerlukan insan seperti itu untuk mereka peroleh ilmu yang mana mereka mungkin tak punya kesempatan untuk menimbanya ketika waktu dulu.. Bimbinglah mereka, usah dibiarkan mereka terus lalai.. Tak siapa manusia didunia ini dapat mengetahui apakah perakhiran hidup mereka.. Mungkin akhir hidup mereka lebih mulia daripada kita. Jangan mudah memandang serong terhadap apa jua yang kita lihat. Selidik dulu, apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Yang penting, berfikiran positiflah dalam setiap perkara.. Asalkan perkara yang baik tidak berubah kepada keburukan, maka itu pun sudah cukup.. Malah ditunutut. Kongsilah setiap ilmu yang kita miliki walau ia tidak sebesar mana. Sekurang2nya jika terjadi walau sedikit perubahan yang mengarah kepada kebaikan dari ilmu yang dikongsikan itu, dikira sebagai ibadah & pahala disisi Allah untuk kita tuai diakhirat kelak.. InsyaAllah, amin... Ya Allah, aku tak punya banyak ilmu untuk dikongsi, aku tak belajar tinggi dalam ilmu agama, semoga segala nasihat yang pernah aku berikan pada sahabat2ku menjadi satu hikmah & mencapai keredhaanMu..


Friday, August 1, 2014

Salam Syawal... 1435H

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, kita telah berjaya menunaikan rukun Islam yang ke-3, iaitu berpuasa dibulan Ramadhan. Kepada yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang, diucapkan tahniah. Raikanlah lebaran dengan gembira sememangnya kamu sangat layak untuk apa yang telah kamu kerjakan. Rasa begitu cemburu terhadap mereka yang bertungkus lumus mengerjakan ibadah dibulan Ramadhan, sedang aku disini tidak begitu.. Tarawih pun lompat2. Solat sunat pun kurang. Astaghfirullahalazim.. lalainya aku dari mengingatiMu.. Bila Ramadhan pergi, menyesal hati ini tidak memanfaatkan ganjaran yang begitu besar. Macam mana aku boleh lepaskan ia berlalu begitu saja? Aduhh.. ruginya aku! Aku sibuk melayan keperluan dunia sedang 'bakul' bekalan akhirat aku masih kosong.. Seperti memegang sebuah bakul kosong untuk dipersembahkan kepada Yang Hak.. 'bakul' orang lain sarat dengan dengan 'makanan' yang indah2, penuh dengan 'buah-buahan' yang ditanam dan dituai. Sedang aku?? Masih membawa bakul kosong lagi?! Sungguh...  aku memang benar telah menganiaya diri aku sendiri.. Ya Allah, taburilah rahmatMu kepadaku, berikanlah hidayahMu tanpa henti padaku..Kirimkan aku insan yang boleh memperingati aku pada diriMu.. Aku sering leka, Ya Allah.. Ampunilah aku..  :(

Kini Syawal telah tiba, sanak saudara nampak begitu gembira. Ada yang masih bertanyakan kepada aku 'bila nak kawin?'.. Aku cuma mampu senyum, mungkin mereka tidak sedar yang sesiapa pun yang masih bujang, terutama sekali wanita, pasti mudah terguris dengan soalan itu.. Ingin saja aku tanyakan pada mereka.. 'Adakah kamu berhak untuk bertanyakan soalan yang merupakan rahsia Allah?'. Sepertimana kita tidak mengetahui akan tibanya kematian insan, begitu jugalah aku tak punya jawapan itu.. Namun kenapa masih ramai yang bertanya?.. Tapi tak mengapa, walau hati aku terguris, namun aku hanya akan senyum dan berdiam agar aku tidak pula menyakiti hati mereka. Takut2 tersalah kata pula. Diam adalah lebih baik, bukan? Teruskan hulurkan senyuman manismu itu...  peace!