The bears are falling down....

Thursday, July 31, 2014

Cahaya Lampu Jalan TAR...

Ok, hari ni kita citer mood santai2 sket ek.. 25hb hari tu, lagi 2 hari nak raya.. kakak ajak pergi ke Jalan TAR untuk cari baju raya anak dia.. Aku pun tetiba teringin nak ikut, saja nak tengok apa ada dekat situ.. Memang dah tahu situ area crowded dengan manusia buat preparation last minute untuk raya.. Tak pasal2 aku pun terjebak sama sebab aku pun tak beli barang untuk raya lagi.. hehe.. Kitorang start gerak kul 11.30mlm.. Dah dekat nak sampai area situ, jalan dah mula jem, kereta gerak pun dah mengensot-ngensot ajer.. Fuhhh.. walaupun dah lama tinggal kat KL, tapi baru ni la tetiba rajin amat plak nak bersengkang mata for the first time & tak minat pun nak join.. padahal mata mintak nak tido je kat umah.. Ok, sampai je kat sana.. MasyaAllah, ramainya umat manusia.. Jalan ditempat sempit, sampai tempat jalan kaki pun jem jugak.. Ish,ish... tertiba tersentuh hati melihat 'keramaian' ni.. Mengalahkan seperti orang yang sedang bertawaf perlahan2 mengelilingi Kaabah didalam lautan manusia. Sayang sekali, kita mampu untuk berjaga malam hingga ke pagi untuk duniawi, tetapi tak sanggup untuk berkorban masa untuk mengabdikan diri kepada Tuhan, nak pula diakhir2 Ramadhan.. pasar menjadi riuh, masjid menjadi lengang.. Allahu Akbar! Ampunilah aku, Ya Allah.. sekali lagi aku lalai dan terjebak dalam cahaya lampu jalan, bukan cahaya dariMu... Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri...

10 malam akhir Ramadhan, Kuala Lumpur


10 malam akhir di Masjidil Haram


Saturday, July 26, 2014

Muhasabah Diri....

Hanya tinggal sehari saja lagi umat Islam akan meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia..  Iman setiap manusia pasti ada turun naiknya. Hanya insan yang terpilih saja dapat merasakan iman yang utuh yang mana semakin hari, semakin tawaduk & tunduk patuh pada perintah Allah. Sepertimana Saidina Umar R.A yang mana setelah memeluk Islam, semakin hari semakin meningkat imannya. Pada tahun 2011, terasa sayup dihati saya ketika Ramadhan tiba. Itulah tahun yang paling indah & saya dapat rasakan sesuatu sentuhan kasih sayang Allah. Dah macam muallaf. Baru nak mengenali indahnya Islam itu. Walaupun sememangnya saya dilahirkan sebagai Islam. Mungkin bunyinya pelik, tapi itulah terjadi. Ibarat seorang ayah membelai kepala anaknya dengan penuh lemah lembut. Tapi sayang sekali, setelah Ramadhan itu pergi, 'belaian' itu sedikit demi sedikit ia pergi.. Sedangkan saya sangat perlukannya untuk meniti hidup hingga akhir hayat & saya mendoakan untuk itu. Namun, ia tetap pergi. Benarlah kata orang, hidayah itu milik Allah. Tidak kira untuk orang bukan Islam, mahupun umat Islam sendiri. Hanya Allah saja yang mampu untuk memberi hidayah & petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Bagaimanapun, pengalaman itu pun sudah cukup bagi saya. Benar2 memberi kesan dalam hidup. Dan selepas itu, tahun hadapannya saya & mak menjadi tetamu Allah, iaitu dengan menunaikan umrah. Alhamdulillah. Namun, 'belaian' itu tetap tidak kembali, cuma saya saja yang perlu istiqamah dengan 'teguran' & 'belaian' Allah tahun2 sudah. Ya Allah, bimbingilah aku dalam setiap nafasku. Berikan cahaya dalam diriku. Lindungilah aku. Aku sedar aku sering lalai dalam mengingatimu, ampunilah aku. Berikan aku peluang untuk mendapatkan Husnul Khatimah.


Monday, July 21, 2014

Khabar sedih, 17th July - MH17

Dalam keadaan rakyat Malaysia dibuai lena oleh mimpi, tanpa disedari ratusan nyawa telah terkorban akibat daripada ditembak dengan peluru kerana telah melalui kawasan yang sedang bergolak Ukraine - Russia. Memang satu berita yang sangat menyayat hati. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Malah bumi yang kita duduki ini juga akan hancur berkecai pabila kiamat terjadi. Manusia memang takkan mampu lari dari kematian, cuma mungkin caranya saja bagaimana nyawa diambil Tuhan yang berbeza. Ramai yang menyalahkan antara satu sama lain, hinggakan ada yang mengatakan ini adalah musibah akibat dari perbuatan oleh perbuatan Malaysia sendiri. Lupakah kita, siapa kita untuk menentukan salah siapa? Kerana dosa siapa? Malah, kita yang bercakap ini belum tentu dipihak yang betul juga.. Apakah kita lupa bahawa mulut yang menuduh juga berdosa? Jadi secara tak langsung, kita juga turut menjadi salah seorang yang berdosa. Seeloknya, kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat, kita ambil iktibar dari peristiwa ini, sentiasa mengingati bahawa sememangnya kematian itu sangat dekat dengan kita. Banyakkan mengenang dosa2 kita sendiri dahulu daripada sibuk memikirkan dosa orang lain. Siapa yang tak sedih kehilangan ahli keluarga, namun perlu kita perbanyakkan muhasabah diri, dan mengambil iktibar.. Semoga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman & dicucuri rahmat. Amin...


Tuesday, July 8, 2014

Assalamualaikum... Salam Ramadhan...

11 Ramadhan - Dah lama tak update apa2 kat blog ni... Antara perkara yang menghalang adalah seperti masa yang terhad, laptop yang bermasalah dan sebagainya...  Sesekali masuk, rindu pulak...  Tiap kali Ramadhan tiba, teringat beberapa peristiwa yang dah berlaku pada tahun2 lepas... banyak kenangan bukan pahit mahupun manis, tapi berbangga dapat melihat hasil teguran kearah kebaikan terhadap seorang kenalan... Mungkin dia dah tak ingat peristiwa tu, tapi perkara tu menjadi satu perkara yang tak dapat dilupakan bagi saya... Alhamdulillah, nampak perubahan... Setiap kali Ramadhan tiba, pasti ada sesuatu yang dapat saya simpan dalam sanubari... Dakwah tidak semestinya disampaikan oleh ustaz atau ustazah sahaja. Setiap diri manusia dimuka bumi mampu/berhak malah digalakkan untuk berdakwah. Even kita berpakaian sopan dan menutup aurat juga boleh dikatakan sebagai dakwah. Kita ajak orang bersolat pun satu dakwah. Cuma dalam menentukan hukam hakam itu perlulah mendapat pencerahan yang lebih jelas dari alim ulama. Ingat tu,yer?  :)  jangan pandai2 pulak tau..!