The bears are falling down....

Friday, October 17, 2014

Rahsia Disebalik Raut Wajah.... :)

Memang sesiapa pun, kalau ditanya adakah anda ingin sentiasa kelihatan cantik & hebat dimata orang yang memandang? Pasti jawapan yang keluar dari mulut terutamanya wanita adalah "Sudah pasti!"... Namun tak semua insan memiliki anugerah Tuhan dengan memiliki wajah yang menarik..

Jika kita dikalangan orang yang negatif, pasti kita akan menyalahkan nasib diri dan sering membanding2kan diri dengan orang lain dan akhirnya merasakan diri penuh dengan kekurangan dan hilang semangat.

Tetapi, apa pula kata orang yang sering positif dalam diri mereka? Pastilah perkara yang berlawanan yang bermain diminda orang yang positif. Pada pendapat peribadi saya, saya pasti akan memikirkan sesuatu yang diluar jangkaan.. yang mana hikmah disebalik kejadian itu yang perlu kita gali & fahami terlebih dahulu.. Seperti contoh, mungkin kita nampak cantik secara zahir, namun adakah batin kita secantik wajah kita.. Ada orang yang memiliki wajah cantik & menarik namun punya hati yang sarat dengan perasaan dengki, dendam & kurang sopan dalam bicara.. Manakala ada sesetengah orang yang memiliki paras rupa yang sederhana & mungkin tak menarik perhatian manusia, namun dia memiliki sekeping hati yang suci & penyayang mungkin.. Dan dari situlah aura yang membuatkan dia seorang yang unik, yang mana seperti tiada keistimewaan dari raut wajah itu dimata manusia, namun dia mampu untuk miliki ramai kawan & disenangi oleh orang ramai..  Maka yang mana satukah pilihan kita? Belum cukup bersyukurkah kita?

Tenanglah.... usah gusar dengan semua yang kita tidak miliki... Pernahkah kita terdengar atau terkejut apabila pernah ada orang yang mengatakan bahawa mereka sangat cemburu dengan apa yang kita miliki sedangkan kita tak punya apa2 pun.. Tetapi pada pandangan mata & dari sudut yang lain, mereka nampak sesuatu yang tidak mereka miliki, tetapi ada pada kita... Nah.., apakah kita masih belum bersyukur? Mengapa terjadi begitu? Kerana kita terlalu memandang yang indah pada orang lain & tidak mahu mencari kelebihan diri hinggakan orang lain yang menemui terlebih dahulu daripada diri kita sendiri..

Jadilah diri kita sendiri.. asalkan kita memiliki hati yang menyayangi Tuhan, Nabi Allah, Ibubapa, keluarga itu sudah mencukupi... tak perlu menagih untuk