The bears are falling down....

Saturday, September 1, 2012

Pulang Ke Tanah Air

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan segala limpah kurnianya maka saya dan ibu selamat kembali ke tanah air setelah menunaikan umrah buat pertama kali.. Agak lama tidak menyinggah ke blog ni untuk update cerita terbaru.. Setelah 6 bulan selepas pulang barulah berkesempatan untuk menjengguk blog ni.. hehe

Sangat mengujakan, sememangnya benarlah apa orang kata, sekali pergi mesti nak pergi lagi... itulah hakikatnya dan hakikat itu adalah benar.. Sepertimana yang kita tahu, cuaca di Mekah sememangnya agak panas dari Malaysia.. Namun ia tidaklah menjadi penyebab penghalang untuk melaksanakan ibadah, malah lebih bersemangat dengan suasana  baru..  Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. Tiada kisah pelik untuk diceritakan... cuma apa yang boleh dikata, walau sejauh mana kita mengelilingi bumi ini, janganlah keberatan untuk berhijrah ke Madinah dan Mekah kerana keberkatan selama berada disana tidak sama dengan berada diluar negara yang lain...

Madinah Al-Munawarah


Makkah Al-Mukarramah