The bears are falling down....

Thursday, January 26, 2012

Terima Kasih, Tuhan..

Lumrah kehidupan manusia...   nama pun manusia...
pasti tak mampu lari dari kesalahan dan dosa...
namun itu bukanlah urukan untuk
mencari siapa yang salah, dan siapa patut dipersalahkan..
kerana itu adalah tanggungjawab bersama.. :)

biarlah orang berpendapat bahawa dirimu
seperti seorang yang tidak tahu apa-apa...
► itu kerana kau tidak menunjuk2 ilmu yang kau miliki

seperti seorang yang berpakaian ketinggalan zaman,
 itu kerana kau berpakain menutup aurat mengikut sunnah

seperti seorang yang tak kenal erti kemodenan..
►itu kerana kau tidak memiliki alatan yang canggih di genggaman
biarlah...biarlah...biarlah...
kerana : itu pendapat mereka

janganlah sesekali merasa rendah diri
walaupun kau ditertawakan oleh rakan2 atau sesiapa saja..
kerana kau tahu, mengapa kau lakukan begitu...
demi agamamu...  demi keselamatanmu...
demi mendapat redha Ilahi...
bukan kerana riak...

Allah Yang Maha Mengetahui...
yang akan mengasihimu kerana berjuang demi Islam..
sedangkan mereka yang sedang menghinamu dulu,

tidak sedar bahawa merekalah yang jahil ► sewaktu mentertawakanmu

merekalah yang kurang ilmu pengetahuan tentang hukum syarak► sewaktu mengatakan pakaianmu itu kolot

sanggup membazir wang untuk membeli alatan canggih semata2 tidak mahu dipandang rendah oleh rakan2- ►sewaktu mengatakan bahawa kau tidak mengikut arus kemodenan



Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)



Monday, January 2, 2012

Bukan nak MENGHINA, tapi hanya untuk MEMBINA..

Adat manusia, pantang ditegur..  ada saja hujah untuk dipatahkan..  namun janganlah kita terus menyalahkan sesiapa..  mungkin situasi/latar belakang antara yang menegur dan ditegur tidak sama..  apa yang penting, andai orang itu tidak dapat menerima teguran itu, berdoalah kepada Allah agar dibukakan hati mereka untuk menyingkap maksud/niat itu... janganlah terus menyalahkan kerana mungkin mereka tidak tahu dimana kesalahan mereka itu @ mungkin terlalu mengikutkan nafsu..  Biasa kita dengar perkataan yang begini, antaranya....

* "Kau nak sibuk2 buat apa? Kubur lain2 pun,kan?"
> MasyaAllah... memang betul apa yang dikatakannya... tapi sebab kubur lain2lah kita nak tegur dia..  supaya dia tidak merana didalam kubur dan hari akhirat..

* Akhirnya.. "Tolong, aku dah tak tahan dengan azab ini.. Kubur aku tak seperti kubur kau... Aku patut dengar nasihat kau dulu..  
>> Jawabnya... "Maaf,aku tak dapat bantu kau..  kerana kubur kita lain2.. (dengan nada sedih)"

Maka yang demikian, adakah kita masih sanggup mengeluarkan perkataan sebegitu apabila ada orang lain ingin mengajak kita kearah kebaikan? Sedarilah bahawa, jika iman kita lemah, maka syaitan akan mengambil kesempatan itu agar kita terus jatuh kedalam neraka bersamanya..

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Sunday, January 1, 2012

Kalau Mencari Teman - Ziana Zain

♪♫♯ Kisah duka ulang berulang
Hati luka cinta kecundang
Bagaikan bunga,
Kembang dipuja, layu dibuang

Bercintalah berpada-pada
Usah serah segala
Turutkan hati diturutkan rasa
Diri sendiri akan binasa

Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal usulnya
Jangan sampai terpedaya

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumah tangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman

Berjanji-janji seindah mimpi
Sekadar bermimpi semuanya tiada
menjadi.. ♪♫♯