The bears are falling down....

Saturday, December 31, 2011

Biasanya,kan....?

Dalam hidup, kita memang tak lari dari kekecewaan, lemah semangat dan sebagainya...  Namun, cuba kita kaji mengapa ia jadi begitu...   dan kenapa kita tidak mahu mengubah persepsi masyarakat yang acap kali bila berada dalam situasi itu, sering mengeluh perkara yang sama hinggakan mereka terus jatuh dan bagaikan hidup dalam semangat yang hilang.

Kebiasaannya, orang yang kecewa dalam percintaan akan berkata : 

Orang kecewa  : Aku tak boleh hidup tanpa dia..
Orang positif  : Bagus juga kalau dia pergi, lagi tenang hidup aku..



Orang kecewa : Yer la, sapa la aku ni utk dia...
Orang Positif : Siapa dia nak bersama aku?  Aku jauh lebih baik daripada dia dan aku berhak mendapat org yg lebih baik darinya..


Orang kecewa  : Mungkin aku bukanlah yang terbaik untuk dia..
Orang Positif : Dia bukanlah yg terbaik untuk aku...  


Orang kecewa : Biarlah aku pergi bawa diri ini...
Orang Positif  : Kenapa perlu aku yang pergi.. bukan sepatutnya dia yang pergi ker??



Orang kecewa : Tak payah nak nasihat aku..  bukan kau boleh tolong pun..
Orang Positif  : Mungkin aku perlu dengara nasihat orang yg lebih tua..  agar aku lebih bersemangat..



Cuba kita tukar sikap negatif itu dan hasilkan satu bentuk yang positif..  Pastinya hidup kita akan lebih berharga dan rasa bernyawa, tidak seperti jasad yang tiada rohnya...  Wallahualam...  Ini adalah pendapat peribadi saya sebagai seorang insan biasa...  kerana saya juga pernah merasai kekecewaan, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan perjuangan hidup. Mari kita fikir2kan...  Adakah anda juga bersetuju dgn saya?

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Friday, December 23, 2011

Berusahalah...

► b'usaha, b'doa, yakin & tawakal... kita merancang, Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah yg terbaik... dan setiap yg terjadi,bukanlah suatu yg patut dirunsingkan, ttp untuk kita fikirkan apakah hikmah diatas apa yg terjadi... ♥

Thursday, December 22, 2011

MESTICA - Istikharah...

Istikharah

Album : Khazanah Cinta
Munsyid : MESTICA
http://liriknasyid.com


Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Monday, December 19, 2011

Berbuat baiklah...



► jika kita b'sedia mendengar, maka org lain akan mudah m'dengar nasihat kita
► jika kita b'sedia membantu, maka org lain akan mudah m'bantu kita
► jika kita memudahkan urusan org lain, maka org lain akan memudahkan urusan kita
► jgnlah takut utk buat kebaikan, kerana disitulah saham akhirat yg x dpt kita lihat hasilnya didunia..  (♥)

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)


Sunday, December 18, 2011

Surah An-Nisa', ayat 78

‎"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu (berada) di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" - Surah An-Nisaa', ayat 78.

Kata-kata dariku...

► Everything happened surely comes with the reason... do not simply make an assumption only depends what you had look.. ♥


► Seluruh anggota badan kita di'pinjam'kan kepada kita atas sifatNya yang Maha Pencipta.. Bagaimana cara kita m'gunakannya, terpulang kepada individu.. Maka hasil dari cara penggunaan itulah, yang sebenarnya membentuk peribadi seseorang itu.. kerana sikap itu terhasil dari apa yang dilihat, didengar, diucapkan dan perlakuan.. marilah kita muhasabah diri.. :) ♥

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Friday, December 16, 2011

Sebelum dan Selepas....

ANDAI kamu pernah tersesat hingga terpaksa melalui jalan berliku - jatuh dan kembali berdiri.. dan menempuh duri - yang telah mencalarkan kulitmu, maka janganlah dikesali dengan takdir itu...  Ambillah pengajaran setelah kamu temui jalan keluar..

KEMUDIAN janganlah sesekali kamu mahu cuba2 untuk memasuki semula jalan yang salah itu lagi, walaupun sudah kamu punya pengalaman dan ketahui liku2 dijalan itu dan terlalu yakin bahawa kamu boleh menjaga diri..

KERANA cabaran untuk kedua kali belum pasti sama seperti sebelumnya, malah bukan saja duri bisa mencarikkan bajumu lagi, malah mungkin lukanya lebih dalam dan paling menyedihkan jika kamu tidak lagi ketemui jalan untuk keluar...


Maksud : Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun dosa lalu bukanlah sebagai untuk menguji keimanan semata, tetapi sebagai amaran dari Allah agar tidak mengulanginya lagi.

"La ila ha illa anta, subhanaka inni kuntum minadzalimin "

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Jika, Jika dan Jika...


Jika bersedih, bersabarlah...
Jika gembira, bersyukurlah...
Jika keliru, berusahalah...
Jika takut, berlindunglah...
Jika mahu, berdoalah...
Jika tersesat, bertaubatlah...

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Ingin kubertanya dan berpesan....

" Mengapa manusia suka memperbesarkan hal yang KECIL?  
  Sedangkan penyelesaiannya sangat mudah...
  Take it easy, man..!! "



" Hargai setiap peluang yang datang,
kerana mungkin TIADA LAGI peluang setelah itu..."


" Tak perlu nak berbangga 
dengan kekayaan, harta, pangkat dan darjat
kerana selagi kita digelar HAMBA padaNya,
kita semua tetap sama disisiNya.. "
   


Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)


Thursday, December 15, 2011

Jangan Mudah Beralah....

No one is PERFECT ...
Don't let your weaknesses let you down...
As long Allah give you chances to breath and brain to use,
Let's make an effort

LIFE is too short..
Life is not as easy as we think..
But it most on how to make it easy..


Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Tuesday, December 13, 2011

Aku Hanya Insan Biasa....

Aku BUKANlLAH seorang penyair,
BUKAN seorang penterjemah,
BUKAN jua seorang kaunselor...



Aku HANYALAH seorang insan,
HANYA gemar berkongsi cerita,
HANYA mahu berkongsi idea, tak lain aku jua.......
HANYA insan biasa....

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)


Monday, December 12, 2011

Warna Kehidupan

Hidup ini ibarat sebuah lukisan..  
Kitalah yang mencorakkannya 
supaya ia lebih cantik lagi menarik..
Andai warna yang kita ingini ada pada orang lain, 
bukan ditangan kita, tak mengapalah...  
tak perlulah meminta @ memaksa...  
Gabungkanlah warna yang kita ada 
agar terbentuk warna yang kita ingini itu..
Kadangkala warna yang terhasil 
jauh lebih menarik dari apa yang kita fikirkan..


Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan....

Kesan tarikan graviti bulan..  Maha Suci Allah.. Betul apa yang ustaz tu cakap.. Sbb dah try sendiri buat kat umah, baru je sebentar tadi.. Memang betul terjadi...

(Bahagian yg lebih tirus menampung berat sebiji telur)




Inilah kebesaran Allah  SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : 
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambaNya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang dari pandangan".
(HR Bukhari dari Abi Barkah)


Biakanlah mereka....

Ustaz Zahazan Mohamed
Gen-Q: Kalau kita tengok orang macam menyampah je kat kita, apa kata kita baca doa ni: “Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal-mukminin wa habbib ilaiyal-mukminin.” – Ya Allah, limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap hamba-Mu yang beriman dan limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku.

Friday, December 9, 2011

Kecantikan Adalah Hiasan....

" Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yang cantik untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak yang baik yang menjadi kebanggaan agama, Allah dan Rasul mu. Itu sudah terlebih baik dan amat cantik"..

- Siti Khadijah R.A


Istikharah....

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan...  
Dia milikku, tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah,
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan.
Dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah ia dari ingatanku,
Peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah,
Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berilah aku kekuatan,
Melontar bayangnya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agar bisa kubahagia,
Walaupun tanpanya..

Dan Ya Allah,
Gantilah yang telah hilang,
Tumbuhkan kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah terbaik untukku, kerana Engkau Maha Mengetahui,
Apa yang terbaik untuk hambaMu ini,

Ya Allah,
Cukup Engkau saja menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini...
Jangan Engkau biar aku bersendirian,
Menjurus kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia sama2 membina kesejahteraan hidup,
Kearah yang Engkau redhai,
Kurniakanlah aku keturunan yang soleh...

Amin Ya Rabbal A'lamin.......

Thursday, December 8, 2011

Lupakah kamu wahai manusia?

Jangan bersedih tika diuji, sekadar menguji iman dihati...
Jangan mengeluh jika tak punya apa, lupakah bahwa kita milikNya?
Jangan terpedaya nafsu dunia, tersalah langkah neraka tempatnya...

Lihatlah langit, lihatlah mentari...  Syukuri nikmat malam dah pagi...
Lihatlah air, lihatlah rumput...   sentiasa bertasbih x pernah henti...
Lihat sekelilingmu, dan tanyalah dirimu...  apakah masih belum cukup semua itu?




Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

Monday, December 5, 2011

Aktiviti Memancing Ikan...

Sabtu lepas, balik umah abah kat Seremban.. Macam biasa la, x der la lain..  Klau x kait rambutan, memancing.. Tu biasa..  Smlm pancing punya pancing, dapat lah 3ekor-keli , 4ekor-talapia..  Jadi,lah..  Ni lah hasilnya... ada kucing jd peneman, so x lah bosan sgt...  Tapi, ikan tu bukan utk kucing,yer..  Utk makan sendiri...  Klau kucing nak, dia kena terjun sendiri ambik... Hahahaaa...

Thursday, December 1, 2011

I have a lot of ideas...!!!

Hmmm...  tetiba tgh2 mlm ni plak baru idea nak muncul, cemana nak antar email tu...  Dah dapat satu gambaran...  harap2 menjadi....  I'll do the best and use all my knowledge and refresh back all those things to make it superb...  make sure 'song title' & 'like' & 'dislike'...  touch up cantek2..  make it simple but nice..  :)  woouu... i like...  hahaha

Tuesday, November 29, 2011

Selipar 'LOVE'...

Tadi mak kata dia nak beli selipar...  ingatkan nak beli selipar getah...   sekali, bila tengok dlm plastik kat tangan dia tu, selipar ni yang dia beli...   Wow, boleh tahan gak taste..  kalah plak ktorg nih...  siap ada 'love' lagi...  hehe..  ragam org tua mmg x dpt dijangka...  bila renung wajah dia waktu dia tidur...  sayu sangat rasa hati...  sangat kasihan dan sering memikirkan bagaimanalah nasibnya dimasa hadapan..  Mohon sangat2 agar Allah sentiasa m'buka hati kami adik-beradik agar dapat terus menjaganya hingga hujung nyawa... Janganlah Kau palingkan hati kami, Ya Allah....



Monday, November 28, 2011

28 Nov 2011 - Mode : taip sambil lelap

Hmm.. baru jer update untuk 27/11/11 tadi...  Dah masuk hari lain..  Jap gi tido bila bangun, dah nak masuk esoknya plak lagi...  Mcm tu la masa begitu cepat berlalu..  Takkan dapat kita mengejarnya kerana masa itu terus berlari meninggalkan kita dan amatlah rugi jika kita x mengambil kesempatan yg ada ketika masa itu lalu dihadapan kita..  Sbb sekali masa berlalu, bkn boleh kita nak panggil2 dtg balik...  melopong jer la jawabnya... :)

Sunday, November 27, 2011

Salam 1433 Hijrah...

Assalamualaikum wbt..

Hari ini terlah bermulanya kitaran tahun baru Islam hijrah...  Moga2 dengan izin Allah, kita masih berkesempatan dalam melayari kehidupan sebagai hambaNya yang bertaqwa.. InsyaAllah..  Marilah kita penuhi masa yg diberikan dengan kebaikan....  amin...