The bears are falling down....

Saturday, December 31, 2011

Biasanya,kan....?

Dalam hidup, kita memang tak lari dari kekecewaan, lemah semangat dan sebagainya...  Namun, cuba kita kaji mengapa ia jadi begitu...   dan kenapa kita tidak mahu mengubah persepsi masyarakat yang acap kali bila berada dalam situasi itu, sering mengeluh perkara yang sama hinggakan mereka terus jatuh dan bagaikan hidup dalam semangat yang hilang.

Kebiasaannya, orang yang kecewa dalam percintaan akan berkata : 

Orang kecewa  : Aku tak boleh hidup tanpa dia..
Orang positif  : Bagus juga kalau dia pergi, lagi tenang hidup aku..



Orang kecewa : Yer la, sapa la aku ni utk dia...
Orang Positif : Siapa dia nak bersama aku?  Aku jauh lebih baik daripada dia dan aku berhak mendapat org yg lebih baik darinya..


Orang kecewa  : Mungkin aku bukanlah yang terbaik untuk dia..
Orang Positif : Dia bukanlah yg terbaik untuk aku...  


Orang kecewa : Biarlah aku pergi bawa diri ini...
Orang Positif  : Kenapa perlu aku yang pergi.. bukan sepatutnya dia yang pergi ker??



Orang kecewa : Tak payah nak nasihat aku..  bukan kau boleh tolong pun..
Orang Positif  : Mungkin aku perlu dengara nasihat orang yg lebih tua..  agar aku lebih bersemangat..



Cuba kita tukar sikap negatif itu dan hasilkan satu bentuk yang positif..  Pastinya hidup kita akan lebih berharga dan rasa bernyawa, tidak seperti jasad yang tiada rohnya...  Wallahualam...  Ini adalah pendapat peribadi saya sebagai seorang insan biasa...  kerana saya juga pernah merasai kekecewaan, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan perjuangan hidup. Mari kita fikir2kan...  Adakah anda juga bersetuju dgn saya?

Hasil Nukilan : Hak cipta terpelihara (HaNa-MicHi)

0 comments:

Post a Comment