The bears are falling down....

Friday, August 1, 2014

Salam Syawal... 1435H

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, kita telah berjaya menunaikan rukun Islam yang ke-3, iaitu berpuasa dibulan Ramadhan. Kepada yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang, diucapkan tahniah. Raikanlah lebaran dengan gembira sememangnya kamu sangat layak untuk apa yang telah kamu kerjakan. Rasa begitu cemburu terhadap mereka yang bertungkus lumus mengerjakan ibadah dibulan Ramadhan, sedang aku disini tidak begitu.. Tarawih pun lompat2. Solat sunat pun kurang. Astaghfirullahalazim.. lalainya aku dari mengingatiMu.. Bila Ramadhan pergi, menyesal hati ini tidak memanfaatkan ganjaran yang begitu besar. Macam mana aku boleh lepaskan ia berlalu begitu saja? Aduhh.. ruginya aku! Aku sibuk melayan keperluan dunia sedang 'bakul' bekalan akhirat aku masih kosong.. Seperti memegang sebuah bakul kosong untuk dipersembahkan kepada Yang Hak.. 'bakul' orang lain sarat dengan dengan 'makanan' yang indah2, penuh dengan 'buah-buahan' yang ditanam dan dituai. Sedang aku?? Masih membawa bakul kosong lagi?! Sungguh...  aku memang benar telah menganiaya diri aku sendiri.. Ya Allah, taburilah rahmatMu kepadaku, berikanlah hidayahMu tanpa henti padaku..Kirimkan aku insan yang boleh memperingati aku pada diriMu.. Aku sering leka, Ya Allah.. Ampunilah aku..  :(

Kini Syawal telah tiba, sanak saudara nampak begitu gembira. Ada yang masih bertanyakan kepada aku 'bila nak kawin?'.. Aku cuma mampu senyum, mungkin mereka tidak sedar yang sesiapa pun yang masih bujang, terutama sekali wanita, pasti mudah terguris dengan soalan itu.. Ingin saja aku tanyakan pada mereka.. 'Adakah kamu berhak untuk bertanyakan soalan yang merupakan rahsia Allah?'. Sepertimana kita tidak mengetahui akan tibanya kematian insan, begitu jugalah aku tak punya jawapan itu.. Namun kenapa masih ramai yang bertanya?.. Tapi tak mengapa, walau hati aku terguris, namun aku hanya akan senyum dan berdiam agar aku tidak pula menyakiti hati mereka. Takut2 tersalah kata pula. Diam adalah lebih baik, bukan? Teruskan hulurkan senyuman manismu itu...  peace!


0 comments:

Post a Comment